Tular baru-baru ini sebuah akaun YouTube yang dikendalikan oleh anak-anak muda didakwa memuat naik kandungan video berunsur pergaulan bebas.
Artikel Berkaitan: Padah ‘Prank’ Individu Tak Dikenali, YouTuber Cedera Parah Ditembak Di Bahagian Perut
Artikel Berkaitan: ‘Prank’ Tinggal Anak Seorang Diri Di Pusat Beli-Belah, Isteri Baim Wong Dikecam Lagi
‘Boikot konten mereka..’
Menerusi ciapan di Twitter, seorang pengguna tampil menzahirkan kerisauan apabila YouTuber tersebut banyak menghasilkan video yang memaparkan pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam sebuah rumah.
Anak-anak kita, adik-adik kita mungkin selalu tonton ‘chanel’ ini. Ramai anak muda minat mereka. Hati-hati.
Dikhabarkan mereka hasilkan konten/video dalam sebuah rumah, tak kira siang atau malam, juga sampai ke kolam renang.
Lelaki dan perempuan bercampur, tiada pantauan orang tua. Lepak seperti duduk sebuah rumah dengan alasan kerja dan rumah itu sebagai pejabat. Ibarat pergi bercuti bersama, bilik asing.
Dalam pada itu, dia juga mendakwa YouTubers tersebut seolah-olah mempersendakan agama apabila mereka banyak membuat ‘prank’ tidak senonoh.
Isu ini dah lama ditegur, namun mereka tak ambik peduli. Malah, ada video prank mereka juga ibarat normalisasikan percampuran lelaki perempuan, berpasangan dan prank kena tangkap basah pun ada. Agama mula dipermainkan.
Banyak video prank yang tak sudah, prank hamil pun ada, iktilat tak jaga.
Lebih parah lagi, peminat-peminat mereka memuat naik dan berkongsi semula konten tersebut di aplikasi Telegram.
Tambahnya lagi, usaha untuk menegur mereka yang terlibat di dalam video tersebut sudah diambil namun sehingga kini masih tiada perubahan.
Ramai peminat mereka siap buat group Telegram lagi. Kalau ditegur, mereka akan menyerang kita balik. Saya menyeru, kita boikot konten mereka.
Beri pengaruh buruk
Menjengah ke ruagan balas, rata-rata ramai warganet yang mengakui bahawa ada ahli keluarga mereka terutama golongan kanak-kanak bawah umur sering menonton video-video daripada YouTuber tersebut.
Warganet yang bimbang dengan pengaruh buruk kandungan video berkenaan mengharap agar ada pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan menyekat kandungan seperti itu dari berleluasa.
Sumber: Twitter