berita

[VIDEO] Kratik Hadir Ke Upacara Pembakaran, Netizen Cari Anak Angkat Tangmo Nida – ‘Kenapa Tak Bawa Easter?’

May 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas tiga bulan ditemui mati dalam keadaan menyedihkan, upacara pemakaman pelakon Thailand, Tangmo Nida akhirnya selesai dijalankan di Gereja Metodis Rangsit pada Selasa.

Artikel Berkaitan: Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’

Artikel Berkaitan: Teman Lelaki Nangis Bawa Cincin Kahwin, Nak Minta Forensik Sarung Dekat Jari Tangmo – ‘Mo Aku Berikan Padamu, Jom Kita Bernikah’

Anak angkat tak hadir

@zeha.weazz Reply to @wawadiyan ? 10 Things I Hate About You – Leah Kate

Keluarga, rakan rapat dan teman lelaki Tangmo iaitu Bird hadir untuk memberikan penghormatan terakhir dengan mengenakan busana serba putih.

Selain itu, lensa kamera turut memberi tumpuan kepada pengurus Tangmo, Kratik yang juga datang ke majlis pemakaman itu. Bagaimanapun, Kratik dilihat berseorangan tanpa membawa anak perempuannya, Easter yang juga merupakan anak angkat Tangmo.

Tindakan itu mengundang rasa kurang senang netizen yang mempersoalkan keberadaan dan keadaan Easter selepas kehilangan Tangmo.

Kratik hadir tetapi kenapa tidak diajak Easter?

Kenapa tak bawa Easter? Itu saja nak tanya..

Kenapa tak bawa Easter kan? Apa yang disembunyikan dari Kratik lagi kan.

Saya mencari Easter.

Ingatkan datang bawak Easter.

Kratik tak bawa Easter, kejam kau! Muka tak malu datang lagi.. Geramnya!

Simpan abu mayat

Difahamkan, abu mendiang Tangmo dibahagikan kepada dua kerana akan disimpan oleh ibunya, Panida Siriyudthayothin dan satu lagi bekas akan diletakkan di gereja yang menempatkan mendiang ayah kandungnya.

Pada 24 Februari lalu, Tangmo dilaporkan lemas selepas terjatuh dari bot laju yang dinaikinya bersama lima orang lain di Sungai Chao Phraya di wilayah Nonthaburi.

Polis menamatkan siasatan mereka dan mendakwa rakannya memandu bot laju itu secara melulu menyebabkan kematiannya tetapi beberapa aktivis mendakwa dia dibunuh.

Sumber: TikTok @zeha.weazz

SKIP THIS AD ×