![[VIDEO] KRU Tidak Pernah Terdetik Mahu Tarik Diri Dari Anugerah – ‘Peminat Fanatik Marah Kalau Kami Tak Bertanding’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/kru-dua.jpg)
Kumpulan KRU memaklumkan tidak pernah terdetik untuk menarik diri dalam setiap acara anugerah walaupun sudah lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: Konsert ‘KRU The Finale: One More Time’ Bakal Berlangsung November Ini, Tiket Mula Dijual Pada Jumaat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Konsert GenKRU Terima Dua Pengiktirafan Malaysia Book Of Records – ‘Pencapaian Ini Sebuah Apresiasi Buat Peminat’
Hargai sokongan

Ketika ditemui OhBulan!, salah seorang anggota KRU, Datuk Norman Abdul Halim, 53, berkata penyertaan mereka dalam anugerah adalah demi menghargai sokongan tanpa henti para peminat.
Macam ABPBH kan tercalon dalam kategori Kumpulan Paling Popular, peminat fanatik kami akan marah kalau kami tak bertanding. Serius.
Kami kena hormat mereka (peminat) tetapi jangan kecewa. Kalau kami tak menang, peminat lagi frust daripada KRU sendiri.
Kami okay saja (tak menang) tetapi peminat lebih frust jadi kita kena faham.
Norman berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert The Finale: One More Time yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.
Tak kejar anugerah

Menjelaskan lebih lanjut, Norman bersama dua lagi adiknya kini lebih menitikberatkan kepuasan dalam berkarya dan membina legasi.
Katanya, dia tidak hanya mahu mengejar anugerah atau pengiktirafan.
Dalam pada itu, Norman memberitahu dia dan dua lagi adiknya ini lebih menumpukan kepada usaha meninggalkan legasi dan berkarya demi kepuasan diri serta peminat, bukannya untuk mengumpul trofi atau pengiktirafan semata-mata.
Terus terang kami katakan ada yang tanya tentang kejayaan kami menang di AIM baru-baru ini. Kami sudah tidak mengejar anugerah sekarang.
Ya kalau nak beri (anugerah) Alhamdulillah tapi kami tidaklah mengharap. Dalam masa sama kami tidak menganggap kemenangan anugerah itu sebagai satu pencapaian yang memberikan kepuasan.
Bagi kami kepuasan itu apabila sudah buat yang terbaik dan kami gembira dengan penganjuran konsert-konsert KRU. Itu antara main goal kami.








