Sering berkongsi foto dan video bersama keluarga tercinta di Instagram, pelawak, Ajak Shiro merupakan seorang suami dan bapa yang cukup penyayang buat keluarganya. Bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-12, Ajak memuat naik satu video ‘sweet’ mengenai detik perkenalan dengan isteri tercinta sejak di bangku sekolah lagi.
Aku budak nakal
Aku budak nakal yang selalu kena cabar dengan awek dia. Budak nakal yang selalu kena bebel dengan awek dia. Budak nakal yang kena paksa belajar matematik. Alhamdullilah, aampai sekarang awek tu juga lah yang selalu berada di belakang dia. Awek tu juga lah yang masih bebel dia. Awek tu juga lah yang jaga akaun duit dia. Aku harap sampai aku tutup mata, aku tetap dengan awek yang sama. Doakan keluarga kami terus bahagia. Selamat Ulang tahun sayang.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Ajak, isterinya iaitu Afifah dilihat membuat panggilan video bersamanya sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12. Afifah bertanya kepada Ajak mengenai berapa tahun mereka sudah mengenali antara satu sama dan berapa tahun mereka sudah mendirikan rumah tangga.
Jelas Ajak, dia mengenali isterinya itu sejak di bangku sekolah. Hubungan mereka semakin rapat apabila kedua-duanya menetap di asrama semasa zaman persekolahan. Tambah Ajak, dia sering menganggu isterinya pada waktu itu. Namun siapa sangka, insan yang sering dia ganggu itu sudah menjadi isterinya. Lebih gembira, tahun ini sudah masuk tahun ke-22 mereka berkenalan.
Terima kasih Ya Allah
View this post on Instagram
Terima kasih ya Allah. Kau ciptakan dia untukku. Kau ciptakan aku untuk dia. Berkenalan, berkahwin dan berumah tangga. Buat hidup aku lebih bermakna. Tamaknya aku, aku inginkan lebih daripada itu. Ku inginkan dia sehingga menutup mata. Sehingga ketemu di syurga menjadi bidadarinya di sana. Terima kasih sayang atas segalanya. Kuat cinta kamu begitu juga aku. Kuat kasih kamu begitu juga aku. Doaku, kuat hubungan kita selamanya. Amin.
Menurut Afifah pula, dia berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kepadanya seorang suami, seorang sahabat dan seorang bapa yang sangat baik dan penyayang buat dirinya dan anak-anak. Sebagai isteri, Afifah berdoa semoga hubungan mereka berdua kekal buat selama-lamanya.
Sumber: Ajak Shiro & Afifah