berita

[VIDEO] Kugiran Masdo Buat Persiapan Rapi Menuju AJL 38, Ramal Aina Abdul Bakal Juara

January 23rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

masdo aina abdul

Satu-satunya band yang berjaya ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL 38), Kugiran Masdo berkongsi persiapan mereka menjelang acara tersebut.

Artikel Berkaitan:  Kugiran Masdo Syukur, ‘Pujaanku’ Ungguli Carta Spotify Hampir Setiap Minggu – ‘Kami Pun Tak Tahu Mana Magisnya Sampai Viral’

Artikel Berkaitan: #RoadToAJL38: Lima Koleksi Menarik Fesyen Aina Abdul Sepanjang Bertanding Di Pentas AJL

Idea dan konsep sudah dibincangkan

masdo aina abdul

Ketika ditemui OhBulan! pemain gitar bass kumpulan Kugiran Masdo, Putut Ceri atau nama sebenarnya Ahmad Azanol Khushairie berkata persiapan untuk menjayakan persembahan pada malam penuh berprestij itu telah diatur meskipun berdepan dengan jadual yang padat.

Kami agak padat dengan jadual sebenarnya terutama dari awal tahun hingga menuju ke AJL jadi kami tak ada perancangan untuk buat sesuatu yang luar biasa. Kami lebih kepada lagu itu sendiri.

Menurut vokalis Masdo, Ali Sariah mendedahkan mereka sudah pun berbincang tentang idea dan konsep untuk persembahan lagu Inilah JalanNya pada malam AJL nanti.

Kami sudah beberapa kali mesyuarat tentang pakaian, konsep dan ‘look’ untuk malam tersebut. Tapi buat masa sekarang, kami tak boleh dedahkan lagi.

Kugiran Masdo berkata demikian ketika ditemui dibelakang pentas sebelum menjayakan Konsert Fenix360 yang berlangsung di Jiospace, Petaling Jaya pada Ahad.

Dalam pada itu, Kugiran Masdo sama sekali tidak memikirkan tentang saingan mahupun merebut gelaran juara namun mereka tetap bersyukur kerana tersenarai sebagai finalis.

Menjadi salah seorang finalis AJL pun kami dah bersyukur, Alhamdulillah. Kami enjoy sahaja malam tu dan tak kisah pun sebab kami memegang konsep untuk memeriahkan acara.

Sementara itu, Putut Ceri merasakan bahawa AJL kali ini bakal menyaksikan Aina Abdul sekali lagi akan menang besar menerusi karyanya yang berjudul Jangan Mati Rasa Itu.

Saya rasa tahun ni tahun Aina Abdul lagi. Saya rasa trofi akan jadi milik Aina sebab kekuatan lagu itu sendiri.

Anugerah penuh berprestij ini bakal menyaksikan sebanyak 12 buah lagu berentap dan diadili oleh barisan juri professional yang dilancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac hadapan.

Siapakah yang layak menjadi juara dan dinobatkan sebagai lagu terbaik bagi AJL38? Adakah penyanyi-penyanyi terkenal ini bakal mengulangi kemenangan mereka? Atau sejarah baru bakal tercipta? Debaran kian terasa, sama-sama kita nantikan.

SKIP THIS AD ×