berita

[VIDEO] Netizen Sifatkan Asyraf Khalid Rendah Diri, Tak Dedah Harga Barangan Mewah Ketika ‘House Tour’

September 13th, 2023 | by Alia
Kini Trending

asyraf khalid rumah

Personaliti sosial media, Koocester yang terkenal dengan konten ‘What do you do for a living’ di TikTok berkesempatan menemu bual usahawan terkenal iaitu Asyraf Khalid.

Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Propa’, Kurang Ajar & Tak Layak Menjadi Contoh Usahawan, Ini Respon Asyraf Khalid

Artikel Berkaitan: Datuk K Dedah Perangai Asyraf Berubah 360 Darjah

‘House tour’ kediaman Asyraf & Tya

asyraf khalid rumah

Menerusi perkongsian tersebut, Koocester dilihat berpeluang melawat rumah mewah yang dimiliki oleh Asyraf dan juga isterinya, Tya Arifin.

Mereka melakukan ‘house tour’ di kediaman tersebut dengan melawat beberapa ruangan seperti bilik tontonan, bilik tetamu, ruang tamu, ruang makan dan juga kawasan laman.

Ketika disoal tentang kos penyelenggaraan rumah itu, Asyraf menjawab ia menelan belanja kira-kira RM20,000 sebulan termasuk kos pembantu rumah dan pengawal keselamatan.

Paling menarik perhatian personaliti media sosial tersebut adalah koleksi jam tangan mewah yang dimiliki Asyraf, antaranya daripada jenama Rolex dan Patek Philippe.

Bagaimanapun, sepanjang ‘house-tour’ itu usahawan tersebut sama sekali tidak mendedahkan harga sebenar barangan yang ada di kediamannya.

Dalam masa yang sama, Asyraf juga banyak berkongsi ilmu tentang pengurusan bisnes.

Pelaburan terbaik adalah pendidikan dan anda perlu mencari guru yang sesuai.

Saya ada beberapa orang mentor antaranya ialah Datuk Kamarudin Meranun. Kadang kala saya berpeluang untuk berjumpa dengan individu seperti Tan Sri Vincent Tan, dapat nasihat..busines mentor juga seperti Dr Azizan.

Semua orang ada kekuatan dan perspektif yang berbeza, jadi cuba dekati diri anda dengan individu-individu seperti ini dan anda akan melihat masa depan anda akan jadi lebih baik.

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa ini juga berhasrat untuk membantu lebih ramai orang dan memberi sumbangan terhadap negara.

‘Seorang yang merendah diri’

asyraf khalid rumah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Asyraf yang merendah diri, berpengetahuan dan banyak berkongsi tips perniagaan serta nasihat.

Sementara itu, ada di antara mereka juga ingin menjadikan kejayaan Asyraf sebagai inspirasi untuk berjaya.

@koocester

The long awaited and the FIRST house tour I did for Malaysia! Had breakfast here with @qiwiie here and we learnt quite a lot and as you can see I am impressed by the watches ?

? original sound – Koocester – Koocester

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×