Video Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal berkunjung ke rumah seorang warga emas berbangsa Cina, viral di media sosial. Meskipun sudah berjaya dan memegang jawatan yang tertinggi, ACP Tuan Nik Ezanee masih mengingati insan yang sangat berjasa buatnya ketika kecil.
Jiran yang jaga masa kecil
Video berdurasi 9:24 saat itu menunjukkan ACP Tuan Nik Ezanee telah berkunjung ke rumah jiran yang menjaganya pada waktu kecil iaitu Mak cik Ah Xiang. Dia turut membawa buah tangan iaitu kuih pau dan pelitup muka. Mak cik Ah Xiang kelihatan sangat gembira dan menahan air mata ketika mempelawa Ketua Polis Petaling Jaya itu masuk ke rumahnya.
Wanita itu turut menunjukkan beberapa keratan-keratan akhbar berkenaan ACP Tuan Nik Ezanee yang dikumpul sejak beliau berkhidmat sebagai anggota polis. Meskipun pertemuan tersebut tidak terlalu lama, pasti banyak kenangan yang dikongsi bersama. Rata-rata netizen kagum dan terharu dengan video pertemuan mereka.
Respect tuan
Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya