Hari perkahwinan adalah detik yang paling dinantikan bagi setiap bakal pengantin. Kehadiran insan istimewa bergelar suami atau isteri pastinya memberi makna terindah dalam menempuh alam rumah tangga.
Namun berbeza pula nasib yang menimpa wanita ini apabila impiannya untuk menjadi raja sehari musnah dalam sekelip mata selepas bakal suami mula ‘menjauhkan diri’ beberapa hari sebelum majlis berlangsung.
Terpaksa batal majlis kahwin
Situasi tersebut terjadi kepada seorang gadis yang dikenali dengan nama Jieyhaa2. Dakwa wanita ini, dia sepatutnya bernikah pda 15 Mei lalu namun dia terpaksa membatalkan majlis tersebut pada saat-saat akhir disebabkan bakal suaminya dipercayai seolah-olah menjauhkan diri darinya. Menurut wanita ini, persiapan perkahwinan sudah siap hampir 80% termasuk baju pengantin, kad kahwin, doorgift dan sebagainya.
Jieyha yang berkongsi kisah itu di TikTok menyifatkan segala ujian dan dugaan yang dilaluinya semasa bertunang adalah ‘petunjuk’ bahawa mereka berdua bukan ditakdirkan untuk hidup bersama.
Awal lagi Tuhan dah tunjuk bukan jodoh, tapi kuat tempuh jugak sampai akhirnya. Dugaan bertunang baju terbakar. Cincin kena tukar.
Reda dengan ketentuan-Nya
Bercerita dengan lebih lanjut, Jieyha mendakwa dia tidak menyangka perhubungannya dengan insan yang dikenalinya sejak empat tahun lalu berakhir sebegini. Lebih meruntun hati apabila wanita ini mengingati si tunang yang telah berjanji ingin menghalalkannya.
Lagi dua hari sebelum akad nikah, awak dah mengelakkan diri daripada saya. Saya terpaksa batal akad nikah kita. Saya sedih sebab tak dapat teruskan majlis perkahwinan kita.
Ya Allah. Semoga diri ini terus kuat dengan dugaan yang akan mendatang. Tak kuat tapi cuba kuat. Lagi 2 hari nak akad nikah, sumpah sedih. Tak sangka jadi macam ni.
Menerusi video lain, kelihatan Jieyha membakar kad jemputan kahwin serta bunting majlis mereka akibat terlalu kecewa. Sementara di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang dilalui wanita ini. Bukan itu sahaja, ada di antara mereka mendoakan dan berharap agar Jieyha dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.
Video
Sumber: Jieyhaa2