berita

[VIDEO] Lagi Kes Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Mesin Dobi

December 20th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tahun ini sahaja netizen sudah dikejutkan dengan pelbagai kes yang berlaku di dobi layan diri. Contohnya, kucing mati diseksa dalam mesin pengering, kes samun, mesin basuh meletup dam banyak lagi.

Namun begitu, segelintir masyarakat masih tidak ambil endah dengan apa yang berlaku. Terbaru viral di laman sosial adalah video seorang kanak-kanak lelaki terperangkap dalam mesin basuh dobi.

Berhati-hati & awasi anak-anak

Video yang berdurasi 7 minit itu menunjukkan kanak-kanak itu masuk ke dalam mesin basuh sebelum seorang lagi kanak-kanak datang lalu menutup pintu mesin basuh.

Kanak-kanak itu mulai panik apabila pintu mesin tidak boleh dibuka semula dan disedari seorang lelaki yang berada di tempat kejadian, yang kemudiannya meminta bantuan dari pelanggan lain di premis berkenaan.

Orang ramai berjaya umpil pintu mesin itu menggunakan batang besi dan mangsa dapat dikeluarkan.

Kejadian itu menimbulkan rasa marah dan kesal netizen yang rata-rata menyalahkan ibu bapa kerana tidak memantau kelakuan anak-anak.

Respon netizen

Sumber: Wafie ShafieCeramah Ustaz & Ustazah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×