berita

[VIDEO] Lagu Peluang Kedua Versi Tradisional Raih Perhatian, Siap Ada Lenggok Tari Lagi, Memang Layan!

January 20th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Genius Seni Tari

Lagu berjudul ‘Peluang Kedua’ nyanyian Nabila Razali mempunyai auranya yang tersendiri sehingga pernah menjadi satu fenemona dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan remaja. Rentak dan liriknya yang luar biasa itu membuatkan ramai yang tak henti-henti memutarkan lagu ‘Peluang Kedua’.

Terbaru, lagu ini sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas viralnya satu video tarian yang berlatar belakangkan lagu Peluang Kedua versi tradisional. Memang power lah!

Peluang Kedua versi tradisional

Foto: Genius Seni Tari

Berdasarkan video pendek berdurasi 2:02 saat yang dikongsikan semula oleh Dhil Sukarna memaparkan sekumpulan penari perempuan sedang melakukan gerak tari sambil berlatar belakangkan lagu Peluang Kedua. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah versi lagu yang digunakan adalah berkonsepkan tradisional dan inang.

Malah, setiap penari juga dilihat sangat menjiwai melodi lagu dan lenggok tarian mereka. Difahamkan, tarian tersebut di dipersembahkan oleh penari dari kumpulan Genius Seni Tari. Memang tak dapat dinafikan, persembahan mereka sangat mantap!

Memang layan lah!

Video yang dikongsikan itu telah mendapat lebih daripada 100k tontonan dan 3.5k tanda suka. Sementara itu, selepas menonton video tersebut, ramai dalam kalangan netizen sempat menyuarakan pendapat mereka.

Respon netizen

 

Ada di antara mereka memuji dengan usaha yang dilakukan dan tertarik dengan ekspresi wajah yang ditunjukkan oleh penari sepanjang persembahan. Memang betull-betul menjiwai!

Sumber: Dhil Sukarna,, Youtube

SKIP THIS AD ×