Sudah menjadi lumrah, setiap kali di minggu pertama persekolahan pasti sarat dengan pelbagai kerenah murid-murid, para guru dan ibu bapa. Paling menjadi perhatian ramai adalah gelagat ‘budak baru’ tahun satu yang masih gementar dan kurang keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan pelajar lain.
Terbaru, gelagat comel seorang murid perempuan darjah satu meminta guru membetulkan tudungnya yang ‘senget’ telah menarik perhatian ramai.
Cikgu lelaki betulkan tudung
Seorang guru yang dikenali dengan nama cikgu Suryadi ada memuat naik satu video memaparkan gelagat lucu seorang murid perempuan yang meminta pertolongannya untuk membetulkan tudung sekolahnya yang ‘senget’. Menurut Suryadi, murid darjah satu ini telah datang ke meja guru yang terletak di hadapan kelas dan mengadu keadaan tudungnya yang kurang kemas dan senget. Dia kemudian meminta cikgu Suryadi membetulkannya.
Memang tak dapat dinafikan, tudung yang menggunakan fabrik jenis licin agak sukar untuk dibentuk. Walaupun kelihatan agak ‘kekok’, tetapi cikgu Suryadi masih cuba membetulkan semula tudung anak muridnya itu supaya tampak kemas dan selesa. Cikgu Suryadi juga dilihat bersungguh-sungguh membetulkan awning tudung itu dengan melipat kedua-dua belah bahagian tudung tersebut. Meskipun hasilnya kelihatan kurang ‘sempurna’, tetapi masih nampak kemas dan cantik. Kanak-kanak itu juga seakan berpuas hati sebelum beredar kembali ke tempat duduknya.
Comel lah dik!
@suryadivicBila murid perempuan tahun 1 minta betulkan tudung ? #cikgukalut #cikgugelabah #tiktokcikgu? original sound – imputeraa
‘Tajam cikgu tudungnya’
Sumber: Suryadivic