Pelik tapi benar. Sehebat fenomena rancangan Running Man, secara tiba-tiba, ‘kangkung’ menjadi trending di Malaysia. Sana-sini orang ramai memperkatakan tentang ‘kangkung’.
Sosial media seperti Facebook dan Twitter sudah semestinya menjadi laman utama bagi membicarakan hal ‘kangkung’. Turut tidak ketinggalan, berita dalam dan luar negara juga melaporkan tentang sayur hijau itu. Ada apa dengan ‘kangkung’ sebenarnya?
Siapa yang tidak tahu dengan berita paling hangat apabila ‘kangkung’ menjadi trending baru-baru ini. Fenomena pelik ini berpunca daripada ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkatakan tentang harga kangkung yang sudah turun di pasaran semasa.
Bagaikan satu wabak yang tidak dapat dibendung, maka tersebarlah beberapa viral video parodi perihal ‘kangkung’. Video-video tersebut mememekkan ucapan Perdana Menteri sehinggakan ianya menjadi bahan jenaka. Ditambah pula dengan beberapa bahagian yang telah diedit, maka tidak hairanlah jika video-video ini bakal hits dua tiga hari lagi.
Atas rasional masing-masing, video -video ini mungkin wujud untuk memberi kesedaran kepada pihak kerajaan secara halus. Tetapi, adakah ianya berkesan? Atau mungkin nanti ianya hanya akan dilayari sebagai video untuk bergelak-tawa?
Apapun, jom OHBULAN! bawakan kepada pembaca semua beberapa viral video parodi yang sudah dapat dikesan. Bak kata pepatah, yang elok dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
http://www.youtube.com/watch?v=PeQH4wvO5T4