Di Instagram, pelakon Lana Nodin mencuri tumpuan ramai apabila menemani anak perempuannya menunaikan solat di masjid.
Artikel Berkaitan: Lana Nodin Nasihat Fazura Jadi Matang, Henti Buka Aib Fattah – ‘Nanti Anak Dah Besar, Dia Tengok Buat Malu Je’
Mak teman anak
Menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik, Lana dilihat sedang duduk di dalam masjid sambil menunggu anaknya, Gia Quinn Mckienzie menunaikan solat. Menurut Lana, dia tidak dapat menunaikan solat bersama Gia berikutan sedang haid.
Hari ni mak pergi teman anak ke masjid. Mak bulan mengambang anak pula nak solat dalam masjid. Apapun semoga membesar jadi anak yang solehah.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Lana kerana berjaya mendidik anak. Tambah netizen, mereka tidak sangka Gia sudah besar.
Sekadar info, Lana mendirikan rumah tangga dengan Daud pada 15 Mei 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 9 dan William Daud Mckienzie, 6.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Lana Nodin