Pelakon dan pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Razak sempat bertemu peminat ciliknya di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini. Lebih menyedihkan, perjumpaan tersebut merupakan permintaan khas adik Puteri Nur Zulaika sementara dia masih hidup.
Doakan kesihatan adik Puteri
View this post on Instagram
Menerusi video di Instagram Official Hlive, adik Puteri yang berusia 10 tahun itu merupakan peminat Zizan. Puteri disahkan mengalami masalah kerosakan paru-paru. Menurut bapa kepada adik Puteri, permintaan untuk berjumpa Zizan merupakan permintaan anaknya sementara masih hidup.
Video tersebut turut menyaksikan Zizan memberi hadiah topi buat Puteri manakala, dia menerima lukisan khas yang dilukis sendiri kanak-kanak perempuan itu. Ketika lawatan tersebut, Zizan kelihatan tidak dapat menahan sebak dan menangis terutama ketika kanak-kanak itu berdoa.
Foto Zizan bersama Puteri
Sedihnya tengok
Rata-rata netizen sebak melihat video tersebut dan mendoakan adik Puteri cepat sembuh.
Sumber: Zizan Razak & Official Hlive