Di saat kita semua tidur nyenyak pada hari ini, satu serangan kimia menggunakan gas sarin telah dilepaskan ke ruang udara daerah di Syria. Sedih melihat mayat termasuk bayi dan kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman politik.
Tak dapat dibayangkan perasaan dan keadaan mangsa serangan tersebut. Luahan sayu wanita yang kehilangan 10 ahli keluarga dalam serangan tersebut buat kami sebak. Hampir menitis air mata kami, bayangkan ahli keluarga sekaligus meninggalkan kita. :(
Kehilangan 10 ahli keluarga dalam serangan
Poet Amal Kassir on losing family members in Syria
This Syrian-American poet just lost 10 family members in Syria — her story will break your heart (via NowThis Politics)
Posted by NowThis on 7hb April 2017
Wanita ini menceritakan awal-awal pagi lagi bapanya mengejutkannya dan adik dari tidur untuk menunaikan solat subuh. Dan ketika itu juga bapanya memaklumkan bahawa ahli keluarga mereka menjadi mangsa serangan bom. Bapanya kelihatan sangat risau seperti anak kecil. Mereka kehilangan satu persatu ahli keluarga termasuk bayi dan ibu hamil dalam keadaan yang sangat menyayat hati.
Sebaknya. Tak dapat dibayangkan keadaan mangsa yang terlibat. Tak sanggup nak tengok.
sumber : NowThis