Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa kecewa apabila ibu tercintanya Siti Hafiza Basharahil dihujani dengan kecaman yang melampau daripada warganet susulan kontroversi perceraian dan kes khalwat.
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Titip Pesan – ‘Jangan Takut, Kamu Tak Keseorangan Allah Sentiasa Ada Bersamamu’
Artikel Berkaitan: ‘Jika Allah SWT Buka Keaiban Anda Pasti Akan Merasa Apa Yang Kami Rasa’ – Ibu Aliff Aziz
‘Kami juga ada perasaan’
Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama sebenar Muhamad Aliff Aziz itu amat berharap agar warganet dapat menjaga penulisan masing-masing dengan tidak menghamburkan keluarganya dengan kata-kata kesat.
Bagaimanapun, Aliff tetap menghormati pandangan semua pihak meskipun dikecam hebat.
Sebagai seorang anak, sudah semestinya saya kecewa dan sedih. Namun kerana kekurangan dan kesilapan saya telah meletakkan ibu di posisi sebegitu.
Cuma saya berharap sangat kepada semua orang, apa sahaja pendapat yang orang ramai ada, kami semua hanyalah manusia biasa seperti semua orang. Kami juga manusia biasa yang buat salah dan silap, kami juga ada perasaan.
Saya menghormati pendapat semua, semua berhak memberikan pendapat, cuma saya berdoa dan berharap kepada semua, berpada-padalah dalam mengeluarkan kata-kata yang kesat, mengeluarkan kata-kata yang tak baik.
Dalam pada itu, pelantun lagu Sayang Sayang tersebut mendedahkan tentang emosi ibunya selepas terpalit dengan kontroversi berkenaan dan memohon doa yang terbaik.
Mengenai emosi ibu saya, dia semakin baik sekarang. Doakanlah semoga semua pihak diberikan semangat dan kekuatan untuk maju ke hadapan serta menjadi lebih baik.
Saya minta kepada semua, daripada kita bercakap bukan-bukan atau pun bercakap kesat, lebih baik kita tak bercakap apa-apa.
@ohbulanofficial Replying to @Azli Kurus Aliff Aziz kata One By One. Anne punya punca la ni ? #ohbulan #sembangentertainment #aliffaziz #ruhainies #mengaku #tak #bersalah #khalwat ? original sound – OHBULAN!
‘Tuhan akan berikan kebaikan kepada saya’
Ketika disoal tentang hantaran berunsur Islamik di media sosial, pelakon berusia 33 tahun itu berkata ia adalah sebagai pengajaran buat dirinya dan sekadar untuk berkongsi ilmu.
Macam saya cakap, ini peringatan untuk saya juga kerana apa yang kita kongsikan, apa yang kita taip itu senang dikongsikan.
Seperti contoh apabila saya dan ibu berkongsi hantaran tidak berkenaan, seperti berkongsi peringatan berkenaan kata-kata Islamik, kita tak perlu jadi baik untuk sebarkan benda yang baik.
Saya berharap apabila saya sebarkan perkara terbabit, Insya-Allah, Tuhan akan berikan kebaikan kepada saya.
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.
Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan pada 17 Oktober depan.
Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebelum itu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu.
Walaupun tujuan kedatangan mereka tidak diketahui namun keberadaan mereka ke mahkamah berkemungkinan berikutan kes khalwat. Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.