berita

[VIDEO] Lebih Baik Tak Payah Buat PKPD Kalau Semua Pekerja ‘Angkut Baju’ Lari

June 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di Selangor, beberapa orang pekerja warga asing dipercayai ingin melarikan diri dari kawasan kediaman mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bakal dilaksanakan di kawasan tersebut.

Isu berkenaan berjaya mencuri tumpuan netizen apabila video kesemua mereka sedang membawa ‘beg pakaian’ viral di media sosial.

Pekerja kilang lari?

Difahamkan, kesemua pekerja tersebut telah menerima arahan daripada pihak kilang agar menyediakan pakaian dan keperluan yang secukupnya. Malah, pihak kilang juga dipercayai menasihati kesemua para pekerja agar berhati-hati ketika keluar daripada kawasan perumahan tersebut.

Ini kerana, mereka tidak mahu penduduk kawasan tersebut menyedari hal berkenaan. Di samping itu, pihak kilang juga dipercayai sudah menyediakan penginapan buat mereka yang sudah keluar dari kawasan perumahan tersebut.

Tak bertanggungjawab

Rata-rata netizen meluahkan rasa geram apabila melihat rakaman video tersebut. Menurut netizen, setiap manusia perlu mempunyai sikap tanggungjawab dan jangan mementingkan diri sendiri. Netizen turut berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang tegas kepada kesemua individu tersebut termasuk pihak majikan.

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×