Sejak pelawak dan penyampai radio Shuib berkahwin dengan usahawan, Watie Hanifiah, pasangan ini terus menerus menjadi perhatian warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: Watie Dedah Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Sifatkan Shuib ‘Suami Kiriman Tuhan’
Artikel Berkaitan: ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah
Bercuti dengan anak-anak
@norainibasre88 Membalas kepada @zailinakasim #husbandwife #honeymoon #shuibsepahtu #watiehanifiah #norainibasre #binafshasweet #artismalaysia #Aidiladha ? bunyi asal – Noraini Basre
Terbaru, Shuib dan Watie dilihat meraikan Hari Raya Aidiladha dengan bercuti bersama anak-anak serta bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah dan ibu tiri, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Mokder.
Keluarga bahagia ini difahamkan bercuti ke sebuah pusat peranginan terkenal.
Di Instagram Story, Watie, 35, memuat naik video meriba anak perempuan Shuib, Zahira Talita Zahra manakala Shuib bersama Ariq Matin ketika menaiki ‘buggy ride.’
Apa yang menjadi bualan warganet di TikTok adalah tindakan spontan Shuib menutup bahagian leher Watie yang terdedah dengan menggunakan tangannya.
Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah hanya memakai ‘inner’ tudung hitam dengan ‘bucket hat’ berwarna krim.
Pada 23 Jun lalu, pemilik nama Shahmira Muhamad sah menjadi suami kepada usahawan, Watie, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: TikTok