berita

[VIDEO] Lelaki Amuk, Maki YB Jagdeep Singh Kerana Mendakwa Permohonan Bersihkan Masjid Dilambatkan

November 7th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Baru-baru ini musibah telah menimpa Pulau Pinang apabila banjir teruk melanda. Banyak tempat tinggal, barangan perabot serta kenderaan musnah akibat bencana alam itu. Anda boleh lihat sendiri betapa teruknya banjir sehinggakan bawah bulatan Seberang Jaya BKE highway tenggelam.

Disebalik kejadian itu, terdapat satu insiden dimana viral video seorang lelaki mengamuk serta meluahkan perasaan kecewanya terhadap Exco, YB Jagdeep Singh lewat petang semalam. Ini sebabnya.

Lelaki amuk


Video diatas telah dikongsikan di Facebook PenangKini dimana seorang lelaki memaki Exco, YB Jagdeep Singh kerana tidak menjalankan tugas untuk membantu rakyat. Video berdurasi selama 7 minit itu menunjukkan lelaki itu tidak berpuas hati kerana permohonannya untuk membersihkan masjid seakan-akan tidak diendahkan.

Walaubagaimanapun, YB Jagdeep Singh ambil keputusan untuk tidak memberi sebarang komen dan akhirnya meninggalkan tempat kejadian.

Paparan skrin diatas antara komen netizen mengenai isu tersebut. Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Sumber: Facebook Penang Kini

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×