berita

[VIDEO] Lelaki Berkerusi Roda Tarik Barang Dari Belakang, Guna Tongkat Untuk Gerak Undang Sebak Netizen

April 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya! Itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan kegigihan seorang lelaki membawa barang yang berada di belakangnya walaupun dengan hanya berkerusi roda.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Panas-Panas Tolak Isteri Dengan Anak Atas Kerusi Roda…

Artikel Berkaitan: ‘Nak Jual Phone Sebab Dah Tak Ada Duit Nak Makan’

Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…

Sebak hati tengok

Mendapat hampir 150k tontonan, sebuah video dikongsi seorang pemuda dikenali sebagai Farid Amirul di laman TikTok mengundang sebak wargamaya.

Menerusi video pendek dikongsi, dapat dilihat seorang lelaki dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) duduk di atas kerusi roda untuk bergerak dan turut menarik barangan yang berada di belakangnya.

Apa yang lebih meruntun hati, apabila lelaki ini turut menggunakan khidmat tongkat pada bahagian kiri dan kanannya untuk bergerak. Bagaimanapun tidak dipastikan kejadian tersebut berlaku bila namun hasil semakan di ruangan komen, lelaki ini sering kali dilihat di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video tersebut dan mendoakan supaya urusan lelaki berkenaan dipermudahkan.

Nikmat apa lagi kau dustakan?

Video penuh:

@faridamirul51 Kita yang cukup sifat pon tak kuat macam dia ? #fyp ? PENANTIAN ARMADA – sadvibes?

‘Rasa diri susah, tapi ramai lagi susah’

Sumber: Farid Amirul

SKIP THIS AD ×