berita

[VIDEO] Lelaki Ini Akhirnya Jumpa Keluarga Kandung Selepas 20 Tahun, Sebak!

August 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Mengetahui diri sebagai seorang anak angkat pastinya bukan satu perkara yang mudah untuk diterima oleh mana-mana individu. Namun, sebagai manusia, rasa bersyukur perlu diungkapkan kerana masih ada keluarga angkat yang sudi menjaga dan memenuhi segala permintaan.

Walau bagaimanapun, keinginan untuk bertemu keluarga kandung pasti diimpikan. Di Instagram, seorang pemuda yang dikenali sebagai Dodiey Hidahyat berkongsi momen indah apabila dapat bertemu keluarga kandungnya setelah 20 tahun terpisah. Sedihnya!

Akhirnya dapat tatap mereka

https://www.instagram.com/p/CDoC_ETHuAz/?igshid=1gy2nu9t3ukuf

Menurut Dodiey, sepanjang 20 tahun hidup, dia langsung tidak mengenali siapa ibu, ayah dan adik beradiknya. Tambahnya, pertemuan yang dirakam tersebut merupakan momen paling indah kerana dia dapat tatap wajah ayah, ibu dan adik beradik kandungnya. Ujarnya lagi, dia tidak pernah menyalahkan ibu bapanya kerana menyerahkan dirinya kepada keluarga angkat. Pada masa yang sama, Dodiey tidak akan pernah lupa jasa dan pengorbanan keluarga angkatnya.

Momen yang dirakam itu ternyata mengundang sebak apabila ibu kandung Dodiey kelihatan menitiskan air mata dan memeluk erat anaknya itu. Di samping itu, Dodiey menyatakan bahawa kini dia mempunyai dua keluarga dengan latar belakang yang berbeza.

Tumpang gembira

Rata-rata netizen turut tumpang gembira sebaik sahaja melihat Dodiey berjaya berjumpa dengan keluarga kandungnya. Bahkan, ada juga segelintir netizen memberitahu bahawa mereka turut mempunyai nasib yang sama seperti Dodiey, dan berharap suatu masa nanti mereka akan menemui keluarga kandung juga.

Sumber: Dodiey Hidahyat

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×