Pelakon dan usahawan yang dikenali sebagai Ari Azhari memaklumkan dirinya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan pelakon, Nora Danish menerusi satu sesi podcast bersama selebriti popular, Noor Neelofa dan Natasha M Ozeir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Danish Menangis Baca Puisi Di Festival Sunnah – ‘Maafkan Kami, Bimbinglah Kami Ya Allah’
Lelaki zaman sekarang kurang bertanggungjawab
@richman.coffee Catch the full podcast tonight at 8pm @NoraAndSara @neelofa @NatashaMozeir ? original sound – RICHMAN COFFEE
Menerusi TikTok, Azhari memuat naik potongan video memaparkan Nora yang berpendapat segelintir suami pada zaman sekarang seakan memandang enteng mengenai isu nafkah terhadap isteri.
Menurut Azhari, dia sangat bersetuju dengan kenyataan itu dan berharap orang ramai mengambil iktibar daripada apa yang diperkatakan Nora.
Hah dengar itu, pesanan dari Nora Danish. Ada berani?
Dia cakap lelaki zaman sekarang ini kurang bertanggungjawab di mana saya setuju juga dengan kenyataan itu.
Nasihat ini untuk diri kita, kawan-kawan dan suami-suami di luar sana.
Hargailah isteri
@ari.azharie Cari lelaki yang bertanggung Jawab. Orang lelaki Jangan jadi lembik ! Luahan perempuan dari pengalaman. @Airabangviral #panas #fyp #cerai #noradanish #fyp??viral #lawyertiktok #fatahamin #fazura #mahkamah #isucerai #fyp #fypviral #netizen #tangungjawab #nafkah #flxaav #airaav ? Very Sad – Enchan
Dalam pada itu, Azhari turut menasihati para suami di luar sana untuk sentiasa menghargai isteri supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti penceraian.
Masa (isteri) ada, kita jagalah baik-baik. Bila isteri dah lari, kecil hati dengan kita barulah terhegeh-hegeh nak berubah, nak memujuk itu pun kalau dia nak.
Kalau tak nak? Dah terlambat dah. Jadi, kita jadikan pengajaran.
Tak kisahlah artis ke, pempengaruh ke, orang agamawan ke, kalau tak ada tanggungjawab memang ‘ke laut’.
Terdahulu, Nora menyeru golongan suami untuk tidak berlaku culas dalam memberi nafkah terhadap isteri.
Menurut pelakon berusia 42 tahun itu, kebanyakan kes penceraian yang berlaku sejak kebelakangan ini adalah disebabkan faktor kewangan.
Sumber: TikTok Richman Coffee, TikTok Ari Azhari