berita

[VIDEO] Lelaki Ini Tak Sedar Diperhati Semasa Rakam Video Berunsur Lucah Dalam MRT, Ini Yang Berlaku..

May 16th, 2017 | by Hanis Aliaa
Isu & Kontroversi

Tak tahulah apa nak jadi sekarang ni. Banyak sangat kejadian yang menakutkan berlaku. Kejadian ini berlaku di Singapura. Di mana wanita ini terkejut apabila dia nampak lelaki ini sedang merakam videonya di dalam MRT. Siap zoom in zoom out lagi.

Wanita ini terus buat keputusan untuk confront dengan lelaki itu. Dia sebolehnya taknak mengaku. Nasiblah wanita ini juga ambil langkah untuk merekod kejadian yang berlaku. Korang tengoklah sendiri.

Merakam video berunsur lucah.

Video ini telah dirakam saya pada 13 Mei 2017 Sabtu pada jam 1940 beberapa minit selepas saya telah menaiki kereta api di Outram MRT. Saya menuju ke arah Harbourfrontuntuk berjumpa seorang kawan. Lelaki ini cepat-cepat mendapatkan kerusi berhadapan tempat duduk saya walaupun keadaan dalam train tidak sesak dan dia tak perlu pun untuk berebut tempat duduk. Saya duduk di 2 tempat duduk yang terletak di hujung gerabak. Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya dan saya fikir selebihnya biarlah video saja yang terangkan.

Dia tidak sedar kebodohannya. Saya membuat rakaman saya sendiri tapi saya hilang sabar bila saya berterus terang dengan tindakan dia. Kakitangan MRT sangat membantu dan SPF tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas kejadian. Setelah siasatan lanjut, lelaki ini didapati memiliki video yang serupa walaupun saya diberitahu mereka agak lucah dan mangsa tidak sedar mereka dirakam.

Nama lelaki ini Suraj. Dia pemegang pas pekerjaan. Dia bagi banyak alasan atas tindakannya itu. Cubaan terakhir dia untuk minta maaf dengan menyatakan dia ‘hanya anggap saya seperti adiknya’.

Saya berkongsi kisah ini supaya menjadi pengajaran untuk semua. Sila peka dengan persekitaran anda dan jangan takut untuk bersuara menentang perbuatan yang boleh dilakukan terhadap anda atau orang lain di sekeliling anda. Anda tidak perlu menjadi mangsa keadaan.

Tak sedar perbuatannya diperhatikan.

Posted by Uma Mageswari on 14hb Mei 2017

Kredit : Uma Mageswari

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×