Seorang lelaki bertindak ganas menikam enam orang mangsa di Guangzhou, China. Ketika kejadian, mangsa yang tercedera hasil tikaman suspek merupakan seorang wanita, empat budak sekolah rendah dan seorang budak tadika.
Tragedi ini berlaku berhampiran sebuah tadika dan sekolah di Jalan Junxing. Suspek menggunakan sebilah pisau dalam kejadian tersebut.
Suspek sudah ditahan
A stabbing incident occurred on Monday near a kindergarten in Guangzhou, S.China's Guangdong Province, with at least two students injured. The suspect has been detained: The Paper pic.twitter.com/6jU1x3H6li
— Global Times (@globaltimesnews) September 21, 2020
Suspek kini telah ditahan setelah bertindak secara luar kawalan menikam keenam-enam mangsanya. Kejadian ini berlaku kira-kira 07:00 waktu tempatan pada hari Isnin (23:00 GMT pada Ahad).
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, dua pelajar terbaring di atas tanah selepas ditikam suspek. Mangsa tersebut terbaring dalam keadaaan yang berdarah dan cedera parah. Kini, kesemua mangsa sedang dirawat di hospital bagi tindakan selanjutnya.
Suspek juga cedera dan dikejarkan ke Hospital Rakyat No 5 Daerah Panyu dengan bantuan dua ambulans. Anggota polis kini masih menyiasat motif kejadian tersebut.
Sumber: Sputnik News , Global Times News & China Daily