berita

[VIDEO] Lelaki Mengamuk Hayun Sabit Atas Kereta Polis Ditahan

September 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Hari ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang bertindak di ‘luar kawalan’. Menerusi video pendek tersebut, lelaki yang hanya memakai seluar dilihat menghayunkan galah sabit di atas sebuah kereta peronda polis di hadapan Balai Polis Gopeng, Perak.

Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada netizen yang turut ingin mengetahui punca kejadian tersebut.

Lelaki mengamuk hayun galah sabit

Terbaru, menerusi laporan yang dipetik daripada Astro Awani, pihak polis telah menahan lelaki berkenaan yang dipercayai kurang siuman. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku 8 pagi tadi, dan lelaki berusia lingkungan 60 tahun ditahan selepas mendapat bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Pihak JBPM bertindak membuat semburan air ke arahnya sebelum dia ditahan oleh anggota polis. Difahamkan, video tersebut telah dirakam oleh orang awam sebelum ianya tular di media sosial.

Sumber: Astro Awani & Man Kulim

SKIP THIS AD ×