Pemakaian pelitup muka kini diwajibkan di kebanyakan negara apabila seseorang itu berada di tempat awam. Ia bertujuan untuk membendung penularan Covid-19 dan mask yang digunakan berfungsi untuk menapis kira-kira 95% daripada virus Covid-19.
Namun, ini kisah yang terjadi di Alford, London apabila seorang lelaki bertindak menggunakan ular sebagai mask dalam bas menuju ke Swinton dari Manchester. Dia juga turut membiarkan ularnya melilit tempat pegang yang disediakan pada bas tersebut.
Guna ular sebagai pelitup muka
https://www.youtube.com/watch?v=v5WukZKKBhw#action=share
Video seorang lelaki yang menggunakan ular sebagai mask viral di media sosial dan mendapat perhatian netizen. Ketika kejadian, lelaki tersebut dalam perjalanan menuju ke Manchester.
Saksi yang berada di tempat kejadian, pada mulanya tidak perasan tentang ular tersebut dan beranggapan ia merupakan fancy mask yang kini menjadi trend. Namun, sangkaannya meleset apabila ternampak ular tersebut melilit tempat pegang yang terdapat dalam bas tersebut.
Menurut jurucakap Stagecoach di Manchester, keselamatan pelanggan dan pekerja adalah keutamaan bagi pihak mereka, dan pihaknya terkejut dengan laporan yang diterima. Insiden seperti ini harus dipandang serius dan mengharapkan semua pelanggan untuk mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka dengan betul.
Pelitup muka yang disarankan
Foto: Myhealth
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan supaya setiap individu memakai pelitup muka jenis 3ply kerana ia lebih efektif berbanding pelitup jenis fabrik. Pemakaian pelitup muka yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan secara tidak langsung menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk terkena jangkitan virus Covid-19.
Tambahan pula, pemakaian pelitup muka kini dianggap sebagai kebiasaan norma baharu yang perlu dipraktikkan setiap hari.