Tular video seorang lelaki datang mengamuk di sebuah surau ketika jemaah sedang menunaikan solat tarawih pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Wanita Meninggal Dunia Sejurus Selesai Khatam Al-Quran Di Masjid
Artikel Berkaitan: ‘Jom Berzina Di Masjid’ Iqram Dinzly Dikecam, Netizen Kata ‘Level Bahasa Dia Khayalan’
‘Speaker’ surau terlalu kuat
Menerusi perkongsian warganet di TikTok, video tersebut memaparkan seorang lelaki datang membuat kecoh di surau flat di Sungai Chua, Kajang, gara-gara tidak puas hati kerana bunyi pembesar suara yang kuat telah mengganggu ketenteramannya.
Lelaki tersebut dilihat gagal mengawal kemarahan dan meninggikan suaranya sehingga berlaku pertengkaran di luar surau. Kemudian, lelaki tersebut cuba untuk melarikan diri namun kelihatan beberapa orang jemaah mengejarnya.
Dalam pada itu, turut kelihatan adalah kerosakkan pada pintu surau tersebut yang difahamkan pecah kerana perbuatan lelaki itu.
Polis ambil tindakan
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisiten Komisioner Mohd Zaid Hassan menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kes tersebut. Polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan dan dia telah dibebaskan dengan ikat jamin.
Hasil siasatan, suspek yang tinggal tidak jauh dari surau berkenaan menyatakan tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang kuat hingga mengganggunya.
Kedua-dua pihak memberikan kerjasama kepada polis berkaitan isu perselisihan faham berkenaan di mana saksi-saksi lain turut dipanggil memberikan keterangan termasuk menyebarkan video yang tular di media sosial berkaitan dengan kejadian ini.
Insiden tersebut disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana membinasakan rumah ibadat dengan niat mengaibkan mana-mana agama.
@anak_bintan808 #Lelaki china mengamuk pecahkan pintu surau saat org lagi sholat Terawih
Sumber: Harian Metro