Kecoh pada minggu lalu, sebuah jenama tempatan menerima kritikan gara-gara acara yang dianjurkan tidak dapat menampung jumlah pembeli yang terlampau ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengasas Beg Tangan FOMO Mohon Maaf Isu Pelanggan Beratur – ‘Kami Melakukan Kesilapan & Ini Adalah Satu Pengajaran’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Reseller’ Cekik Darah! Ambil Kesempatan ‘Resell’ Beg FOMO Cecah RM1,000 – ‘Agak-Agaklah Weh’

Jackpot teruk

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang individu menjumpai beg tangan tersebut dengan harga yang agak lumayan.

Beg tangan tersebut dijual pada harga RM20 di pasar pagi pada Rabu.

Tahu tak aku jumpa apa dekat sini? Beg tangan brik!

Brik ada dekat bundle. Jadi tidak perlu untuk berebut-rebut beli.

Jelas lelaki tersebut, pada awalnya dia tidak perasan akan beg tangan tersebut namun apabila melihatnya dengan lebih dekat dia yakin bahawa itu adalah brik.

Tidak tahu sama ada bukan ori atau original. Condition memang beg bundle.

Jahitan nampak kemas, logo pun cantik dan kualiti pun okay.

Pakcik (penjual) itu kata dapat dalam guni.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penemuan beg tangan tersebut.

Segelintir di antara mereka mengatakan ia terlalu awal untuk dijual di bundle.

Sumber: TikTok