berita

[VIDEO] Lengkap Pakai Baju Melayu Putih, Lelaki Ini Teruja Nak Kahwin Sampai Salah Tarikh Nikah

December 28th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Pastinya mendebarkan buat kedua-dua belah pihak apabila menanti hari untuk menghalalkan hubungan. Pelbagai aspek yang dirisaukan buat bakal pengantin dalam memastikan kelancaran majlis yang bakal berlangsung.

Namun, lain pula kisah pemuda ini yang terlebih semangat untuk berkahwin apabila mahu berangkat terus ke lokasi nikah pada Isnin lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cuak’ Nak lafaz Akad Nikah, Pengantin Terus Berlari Dakap Ibu Tenangkan Hati & Minta Restu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘RM500 Juta Tunai..’ – ‘Nervous’ Lafaz Akad Nikah, Pengantin Tersasul Sebut Mas Kahwin Sampai Saksi Tepuk Dahi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bukan Sebut Nama Anak Tapi Nama Sendiri! Bapa Pengantin Tersasul Masa Nikah Anak Bikin Berdekah

Gemuruh nikah

Sekadar gambar hiasan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda yang lengkap berbusana itu kelihatan sudah bersedia untuk akad nikah sebagai suami.

Ketika sedang menuju ke pintu untuk keluar, pemuda tersebut mula menyedari dirinya tersalah tarikh nikah apabila ditegur oleh kakaknya. Melulu masuk ke bilik tidur, pemuda itu terus menanggalkan persalinan nikahnya.

Difahamkan, majlis pernikahannya bakal berlangsung pada hari Jumaat.

@kaklizleg

@meorayei ghisau kadang2

? original sound – kak liz LEG – kak liz LEG

Bawak bersabar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh dengan semangat pemuda tersebut demi menghalalkan pasangannya.

Sumber: Tiktok @kaklizleg

SKIP THIS AD ×