Penampilan terbaharu pempengaruh iaitu Kasih Iris Leona mencuri perhatian apabila dilihat semakin cantik dan langsing sewaktu menghadiri sebuah majlis perkahwinan, baru-baru ini.
Terbaharu, Leona tampil berkongsi rahsia yang dilakukannya untuk menjadi lebih kurus dan langsing menerusi hantaran di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Kongsi Momen Layan Kanak-Kanak, Penampilan Raih Perhatian Netizen – ‘Dah Kurus, So Cantik’
Suntik buang lemak dagu, upah jurulatih peribadi
@leonathe2ndMy secret? original sound – le yoooooooo na
Menerusi hantaran tersebut, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini mengakui dirinya melakukan suntikan membuang lemak di bahagian dagu serta melatih jurulatih untuk merancang latihan kecergasannya.
Ya, saya pergi ke gim dan saya ada jurulatih peribadi yang merancang latihan kecergasan untuk saya.
Saya pergi ke klinik dan buat suntikan, sebab itu ‘double chin’ saya cepat hilang dalam tempoh dua minggu dan kesannya sangat pantas.
Terima kasih juga kepada doktor saya kerana ‘double chin’ ini tidak akan hilang dengan sendiri.
Selain itu, Leona juga memaklumkan dirinya juga mengawal pengambilan makanan untuk membantu memudahkan proses menjaga berat badannya.
Selain itu, saya juga menjaga pemakanan kerana pemilihan makanan yang betul sangat penting dalam penurunan berat badan.
Tapi apa pun setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza, jadi tolong jangan bandingkan diri anda dengan saya.
Buat bukan sebab komen netizen
View this post on Instagram
Mengulas lebih lanjut mengenai perubahan pada bentuk badannya, Leona menjelaskan bahawa apa yang dilakukan bukanlah kerana komen-komen netizen terhadap bentuk badannya sebelum ini sebaliknya ia adalah keinginannya sendiri.
Saya ingin jelaskan bahawa apa yang lakukan ini bukanlah kerana menerima komen-komen negatif daripada netizen.
Sebaliknya perubahan ini dilakukan atas kehendak saya sendiri yang mahukan penampilan lebih baik.
Dalam pada itu, Leona menasihatkan orang ramai yang ingin mengubah bentuk badan mereka perlulah mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor yang bertauliah.
Jika anda ingin melakukan sesuatu kepada tubuh anda, pastikan anda mendapat nasihat doktor yang bertauliah dan profesional.
Jangan pergi klinik sembarangan sebab anda mungkin berdepan dengan pelbagai komplikasi yang tidak diingini. Jadi tolonglah pilih klinik dan doktor yang benar-benar bertauliah.
Terdahulu, penampilan Leona sewaktu menghadiri sebuah majlis perkahwinan mencuri perhatian netizen yang terpegun melihat pempengaruh berkenaan yang semakin kurus dan cantik.
Sumber: TikTok, Instagram Leona