![[VIDEO] Leona Dipuji Sudah Mahir Buat Kerja Rumah – ‘Dulu Tak Pandai Goreng Telur’](https://media.ohbulan.com/2025/04/leona-iris.jpg)

Pempengaruh media sosial, Leona meraih perhatian ramai apabila dilihat sudah mahir melakukan kerja rumah berbanding sebelum menyambung pengajian di luar negara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Mengaku ‘Gila’ Perhatian, Nak Jadi ‘Centre Of Attention’ – ‘Saya Suka..Tak Kisah Baik Atau Buruk’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman ‘Renovate’ Bilik Leona Buat Netizen Cemburu – ‘Bestnya Ayah Arkitek, Boleh Minta Je’
Sudah mahir

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Kasih Iris Leona Azhar Sulaiman, 23, itu berkongsi video memaparkan dirinya sedang mengemas rumah.
Lebih menarik, Leona yang sebelum ini memilih untuk tidak melakukan kerja rumah kini dilihat memegang mop mengemas seluruh kawasan rumahnya.
Ramai yang komen rajinnya, saya tidak mempunyai pilihan.
Kalau saya tidak bersihkan rumah saya, siapa lagi yang akan buat?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berbangga dengan pencapaian kecil pempengaruh itu.
Kata netizen, Leona membuat keputusan yang tepat untuk menyambung pengajian di luar negara kerana dia dapat mempelajari pelbagai perkara sendirian.
Tidak hanya itu, netizen juga tidak sabar mahu melihat reaksi bapa Leona, Azhar Sulaiman berkenaan dengan perubahan anaknya.
Komen netizen


Sumber: TikTok








