berita

[VIDEO] Lepas Cerai, Bekas Suami ‘Janji’ Nak Rujuk Semula, 10 Tahun Kemudian Terima Berita Rupanya…

March 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Jodoh, rezeki, ajal dan maut memang sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya.

Kali ini lain pula ceritanya apabila hampir 10 tahun tidak berhubung antara satu sama lain dan secara tiba-tiba wanita yang dikenali dengan nama Mummy Alya@Danish dikejutkan dengan berita pemergian bekas suami. Sedihnya!

10 tahun ‘terpisah’

Menerusi perkongsian Mummy Alya@Danish meluahkan rasa sedih dengan berita tersebut. Meskipun pahit untuk ditelan, namun itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh wanita ini apabila mengetahui bekas suaminya telah pergi buat selama-lamanya. Bercerita lanjut mengenai perhubungannya dengan bekas suami, wanita memaklumkan dia dan arwah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan tiga tahun kemudian, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata. Jelas wanita ini lagi, bekas suaminya itu juga pernah ‘berjanji’ akan datang dan rujuk semula dengannya dalam tempoh lima tahun. Namun, sepanjang tempoh tersebut, pasangan ini langsung tidak berhubung antara satu sama lain. Tahun demi tahun telah berlalu, sehinggalah pada suatu hari, wanita ini terjumpa Facebook bekas adik iparnya.

Tak sempat jumpa bekas suami

Bermula dari situ, wanita ini mula mengetahui tentang keadaan kesihatan bekas suaminya itu. Hampir 10 tahun ‘terpisah’, dia kemudian membawa anak-anak untuk berjumpa bapa mereka. Pada tanggal 26 Februari 2021, wanita ini mendapat panggilan daripada adik iparnya memaklumkan bekas suaminya itu ingin berjumpa dengan anak-anak. Oleh itu, kakak iparnya telah mengambil anak-anak untuk berjumpa dengan bapa mereka tetapi ketika itu wanita ini memaklumkan dia tidak dapat pulang bersama kerana ada urusan kerja.

Namun, pada keesokan harinya iaitu 27 Februari 2021, wanita ini telah menerima berita mengenai kematian bekas suaminya. Mengetahui perkara itu, dia bergegas ke balai polis untuk membuat permohonan rentas negeri tetapi prosesnya mengambil masa. Wanita ini mengakui agak sedih dan terkilan kerana tidak sempat berjumpa bekas suaminya buat kali terakhir tetapi dalam masa yang sama dia berjanji akan menjaga anak-anak dengan sebaik mungkin.

Semoga tenang di sana

@mummyshark00semoga kau tenang disna.. ##exhusbnd? original sound – ShopianMuhammad – M.S~??

Badan makin susur, kurus


Sumber: Mummy Alya@Danish

SKIP THIS AD ×