Pelakon Syatilla Melvin memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri mengapa meletakkan televisyen di tempat yang tinggi di dalam rumah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin ‘Sound’ Individu Berani Minta Bermadu – ‘Datanglah Dulu, Kalau Boleh Kena Air Panas’
Artikel Berkaitan: Shahiezy Sam Dedah Syatilla Melvin Paling ‘Soft Spoken’ Dalam Kalangan Adik Beradik
Saya fobia
Menerusi sebuah video di TikTok, Syatilla berkata, dia pernah berdepan dengan satu situasi di mana dia berasa fobia sehingga sekarang.
Menurut Syatilla, anak sulungnya iaitu Syeriv pernah mengetuk televisyen berukuran 70 inci yang baru dibeli olehnya. Berikutan daripada itu, dia meminta suaminya untuk meletakkan televisyen di tempat yang tinggi agar peristiwa yang sama tidak berulang.
Tahu tak sebab apa letak televisyen tinggi? Saya fobia masa Syeriv umur dua tahun, Tilla baru beli televisyen 70 inci. Dia ambil mainan kayu golf, dia ketuk televisyen yang baru tiga empat hari pasang.
Bayangkan, dah la baru masuk rumah. Masuk anak kedua dan ketiga, saya bagitahu suami kena letak televisyen di atas. Ada peristiwa bukan saja-saja.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Syatilla. Tambah netizen, Syatilla perlu memasang protector agar televisyen di rumahnya lebih selamat.
Sekadar info, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Video
@anis.pana Kenapa tv Tilla dekat atas
Sumber: Anis Pana