Individu bernama Wan Kuzain Wan Kamal mungkin tidak begitu popular dikalangan peminat bola sepak tempatan sehingga lah pemain berusia 19 tahun itu ditandatangani oleh kelab dari Major League Soccer (MLS), Sporting Kansas City. Sejak dari itu perkembangan Wan Kuzain dipantau oleh peminat bola sepak di Malaysia. Pemain kelahiran Amerika Syarikat itu juga digelar ‘Messi Amerika’.
Setelah buat penampilan pertama pada minggu lepas, Wan Kuzain akhirnya mencipta kenangan terindah buat dirinya apabila berjaya menjaringkan gol pertama bersama kelab barunya. Tahniah dan semoga dengan berita gembira ini dapat membuatkan lebih ramai bakat muda bersemangat untuk berjaya dalam dunia bola sepak.
Berjaya menjaringkan gol pertama bersama kelab baru
?? One more time for those those in the back… the Malaysian Messi @LeKuz7 is on the board!!!
This kid is going to be fun. #SKCvMIN #ForGloryForCity pic.twitter.com/Q2UbzET3MV
— Sporting KC (@SportingKC) June 4, 2018
Selepas berjaya membuat penampilan pertama bersama kelab Sporting Kansas City pada 28 Mei lalu, Wan Kuzain tidak mengambil masa lama untuk membiasakan diri dengan saingan yang lebih kompetitif. Ia terbukti apabila pemain berdarah Malaysia kelahiran Amerika Syarikat itu berjaya menjaringkan gol selepas masuk menggantikan rakan sepasukannya yang cedera. Secara keseluruhan, pasukannya berjaya memenangi perlawana itu dengan jaringan 4-1.
¡Wan Kuzain anota su primer gol con @SportingKC! #SKCvMIN 2-1 pic.twitter.com/X3BtFjwmhK
— Fútbol MLS (@futbolMLS) June 4, 2018
Sumber: Twitter Futbol MLS, Sporting Kansas City