berita

[VIDEO] Lihat Reaksi Hawkeye & Captain Marvel Bila Kami ‘Ajar’ Nama Superhero Dalam Bahasa Melayu

April 25th, 2019 | by Ash Nordin
Hollywood

Filem yang ditunggu-tunggu bukan sahaja rakyat Malaysia, malah satu dunia akhirnya sudah berada di pawagam. Kami pasti pengakhiran Avengers: Infinity War membuatkan ramai tidak puas hati kerana Thanos berjaya menyelesaikan misinya dengan memupuskan separuh kehidupan di dunia.

Selepas setahun, Avengers kembali dengan tujuan untuk mengalahkan Thanos, sekaligus dapat mengembalikan adiwira lain yang ‘hilang’. Terbaru, kami diberi peluang untuk menemuramah dua watak utama Avengers: Endgame, iaitu Jeremy Renner (Hawkeye) dan Brie Larson (Captain Marvel) di Seoul, Korea. Jom lihat video ini!

Sesi temuramah bersama Hawkeye & Captain Marvel!

Pada 14 April lepas, kami diberi peluang untuk menemuramah dua pelakon utama filem Avengers: Endgame di Seoul, Korea. Memandangkan pihak produksi ingin menyimpan semua ‘rahsia’ yang terkandung dalam filem tersebut, kami mengambil keputusan untuk bertanya soalan yang lebih ‘fun‘ dan ‘easy‘.

Apa yang menariknya, semua pelakon Avengers: Endgame juga tidak dapat menonton filem penuh sehingga lah ia dilancarkan dalam acara world premiere, di Los Angeles beberapa hari lepas. Malaysia antara negara yang mendapat tayangan awal iaitu pada 24 April 2019.

Sebelum ke pawagam atau anda lupa sebahagian besar daripada jalan cerita adiwira Avengers ini, anda boleh turutan filem-filem dibawah.

Selepas menonton filem-filem diatas, anda akan faham jalan cerita di dalam Avengers: Endgame. Sebelum ini, dalam Avengers: Infinity War, Thanos berjaya mengumpul kesemua Infinity Stones dan melenyapkan sebahagian besar kehidupan di dunia, termasuk lah adiwira seperti Spiderman, Black Panther dan Doctor Strange.

Hanya 6 Avengers sahaja yang masih hidup iaitu Captain America, Iron Man, Hulk, Thor, Black Widow dan Hawkeye. Adakah mereka berjaya mengalahkan Thanos dan mengembalikan semula separuh kehidupan yang ‘lenyap’? Semua persoalan akan terjawab dalam filem ini.

Jangan lupa untuk saksikan Avengers: Endgame di pawagam berdekatan anda bermula dari 24 April 2019. Enjoy!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×