Penyanyi Linda Rafar mendedahkan pernah terdengar suara anaknya, Allahyarham Rezaimen Keiflin memanggil dirinya dari arah pintu setiap malam, tiga bulan selepas pemergian itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Ayah Saya Memang Nak Anak Dia Glamour & Cantik Masuk TV’ – Linda Rafar

Artikel Berkaitan: Anak Linda Rafar Peroleh ‘Straight A’ SPM

Terdengar suara anak

@studiosembang

we are blessed with a beautiful, honest story dari kak @Lindarafar kalini. dengarkan full episode kat @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts ok guys. al-fatihah buat arwah Memen 🤲 #jomsembang #studiosembang

♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

Kata Linda, apabila perasaan terlalu sedih, dia akan memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan mimpi bertemu Rezaimen atau lebih mesra disapa Memen kerana ingin mengetahui siapa yang menjaganya di sana.

Doanya termakbul apabila dia menerima panggilan daripada anaknya yang mengatakan dirinya kini sedang berada di tempat yang lebih baik.

Tiga bulan selepas dia pergi, hampir setiap hari saya terdengar suara dia panggil saya dekat pintu untuk cuci beg stomanya sebab itu yang saya lakukan hari-hari.

Bila saya terlalu sedih, saya minta dekat Allah SWT nak mimpi Memen, saya nak tahu siapa jaga dia sebab saya yang jaga dia hari-hari.

Malam tu betul-betul saya mimpi dapat panggilan telefon daripada Memen. Saya rasa macam ‘real’, jadi saya angkat.

Menurut Linda, dia percaya Memen kini berada di tempat yang baik dan bahagia.

Mimpi bertemu anaknya itu juga sedikit sebanyak dapat meredakan kerinduan dan membuatkan hatinya berasa lebih lega.

Suara dia betul-betul gembira, ‘mama jangan risau, Memen okay dekat atas bukit yang sejuk. Ramai anak-anak di bawah umur yang meninggal dunia dijaga oleh Nabi Ibrahim dan isterinya.

Dia juga berkata ‘Mama jangan risau, risau pasal diri Mama je. Mama fikir macam mana Mama nak buat kebaikan untuk sampai dekat tempat Memen.

Mengimbas kembali, Memen dilaporkan meninggal dunia pada usia 12 tahun akibat kanser darah yang jarang berlaku iaitu Burkitt Lymphoma tahap empat.

Sumber: TikTok