Pelakon Liyana Jasmay menjadikan kesilapannya yang terikut trend tarian tradisional kaum Yahudi di aplikasi TikTok sebelum ini sebagai pengajaran.

Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Kesal Buat Tanpa Periksa, Padam Video Trend Joget Terima Duit Raya

Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Tegur Content Creator, Selamba Buat Reviu Kutuk Filem Tempatan – ‘Sebab Nak Engagement Tinggi, Sangat Basi!’

Rasa macam b*doh

@ohbulanofficial Pelakon Liyana Jasmay menjadikan kesilapannya yang terikut trend tarian tradisional kaum Yahudi di aplikasi TikTok sebelum ini sebagai pengajaran. #ohbulan #fyp #news #liyanajasmay #penguindance #menari ? original sound – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, Liyana akui kesilapan diri sendiri apabila terlalu teruja menyambut Hari Raya Aidilfitri sehingga terjebak membuat trend tarian kaum Yahudi yang tular di media sosial.

Tambahnya, dia turut menjelaskan pada anaknya tentang tarian itu agar tidak diulangi lagi.

Saya terus padam.

Sebenarnya saya tengok orang Indonesia yang buat. Saya sangkakan itu trend yang kelakar.

Bila saya duduk dan nampak video asal tarian itu, saya rasa sangat bersalah.

Perkara ini membuatkan saya sedar, tak semua trend kita boleh ikut.

Liyana berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.

Fokus pada mukbang

Menyedari kesilapan yang dilakukan, aktres berusia 39 tahun itu memilih untuk fokus pada konten ‘mukbang’.

Saya sedar tak semua kita boleh ikut.

Saya hanya mahu fokus pada mukbang.

Saya istighfar lama sangat lepas tahu tarian itu asal dari Yahudi.

Saya menyesal dan tak berhenti beristighfar.

Dalam pada itu, Liyana bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang baik dan menegur kesalahannya tanpa menghakimi.