berita

[VIDEO] Ikut Trend TikTok, Netizen Terhibur Ebit Lew Tiru Dialog KL Gangster – ‘Jangan Macam Tu Ustaz, Lari Nanti Makmum Dalam Masjid’

April 16th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Perkongsian video trend miming dialog Syamsul Yusof yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew menarik perhatian pengikutnya di aplikasi TikTok.

Netizen terhibur, Ebit ikut trend TikTok

Walaupun bergelar seorang pendakwah, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew dilihat tidak ketinggalan mengikut trend anak muda di TikTok.

Menerusi video pendek yang dikongsikan, Ebit sambil memakai kaca mata berwarna hitam dilihat selamba meniru dialog watak Shark yang dilakonkan oleh Syamsul Yusof dalam filem KL Gangster.

Rata-rata pengikut akui terhibur dengan aksi bersahaja Ebit malah mereka tidak menyangka pendakwah terkenal itu seorang yang ‘sporting’ dan kelakar.

Ini sebenarnya jiwa ustaz kan.

Wah first time tengok tak pakai kopiah.

Assalamualaikum, ustaz okay tak tu.

Jangan macam tu ustaz, lari nanti makmum dalam masjid.

Di ruangan kapsyen, Ebit memberitahu hasratnya untuk memberi duit raya kepada beberapa individu terpilih yang telah meninggalkan komen di hantaran tersebut.

Video

@ustazebitlew Siapa nak duit raya? komen dekat bawah. nanti kita pilih ya #shrmzb2024 ? original sound – Puteghaa. – Puteghaa ?

Sumber: TikTok Ebit Lew

SKIP THIS AD ×