Pelakon dan pengarah Liyana Jasmay akui tidak mudah memberi tunjuk ajar kepada pendatang baru mendalami watak bagi drama bersiri dibawah arahannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Liyana Jasmay Jadikan Kesilapan Sebagai Pengajaran, Menyesal Terjebak Trend Joget Terima Duit Raya – ‘Saya Tak Berhenti Istighfar’

Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Tegur Content Creator, Selamba Buat Reviu Kutuk Filem Tempatan – ‘Sebab Nak Engagement Tinggi, Sangat Basi!’

Minat untuk belajar

Ketika ditemui OhBulan!, Liyana memuji barisan pendatang baru yang rajin bertanya mengenai teknik lakonan.

Ujarnya, dia berasa senang untuk berkongsi ilmu lakonan setelah lama berkhidmat dalam dunia seni.

Awalnya saya takut nak bekerjasama sebab mereka sangat kelakar di TikTok.

Tapi saya tak sangka bila sampai set, mereka datang dalam keadaan bersedia.

Mereka tahu cara bawa watak dengan baik.

Selain daripada menjadi pempengaruh, mereka tunjuk minat untuk berlakon juga.

Liyana berkata demikian ketika ditemui pada penggambaran siri Viu yang dibintangi oleh pempengaruh Badron Munirah dan pelakon baru Nesa Idrus berjudul Putri & Phrince, baru baru ini.

Naik hantu

@ohbulanofficial

Pelakon dan pengarah Liyana Jasmay akui tidak mudah memberi tunjuk ajar kepada pendatang baru mendalami watak bagi drama bersiri dibawah arahannya. #ohbulan #fyp #news #liyanajasmay #naikhantu #ajar #pelakon #baru

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Berkongsi lebih lanjut, pelakon dan pengarah berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa dia berhadapan dengan cabaran dalam membentuk pelakon baru.

Bagaimanapun, Liyana menggunakan cara tersendiri untuk mendidik secara berhemah.

Saya pernah naik hantu di set sampai hampir naik darah tinggi.

Kru pun turut bimbang.

Tapi ini semua adalah sebahagian daripada proses. Kita kena latih dan sentiasa ingatkan mereka, macam seorang ibu yang mendidik anak-anaknya.

Dalam pada itu, pelakon filem Papadam tersebut akui seronok bekerjasama dengan wajah dan bakat baru di set penggambaran.