Pelakon sensasi Zarina Anjoulie meraih perhatian netizen apabila didakwa memuat naik video yang kurang sopan di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Anjoulie Dedah Pernah Dicurangi – ‘Dia Mengandungkan Perempuan Tu’
Artikel Berkaitan: ‘Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya’ – Zarina Anjoulie Mohon Maaf, Mengaku Dapat Tajaan Sepenuhnya Pembedahan Hidung
Mabuk
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul dilihat bersama seorang lelaki yang tidak dikenal pasti identitinya.
Pada perkongsian itu, Zarina atau mesra disapa Anju meluahkan rasa cintanya pada individu tersebut.
Saya mintak maaf ambil kesempatan ke atas awak.
Tapi awak lah orangnya yang sentiasa ada bersama dengan saya.
I love you.
Walau bagaimanapun, aktres berusia 37 tahun itu didakwa dalam keadaan ‘tidak sedar’ kerana terang-terangan berkelakuan sumbang secara umum.
Netizen risau
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau dengan tindakan Anju yang memuat naik video terbabit untuk tontonan umum.
Akan tetapi, hantaran itu dipercayai telah diturunkan setelah kurang 24 jam dimuat naik di aplikasi TikTok.
Sumber: TikTok @zarinaanjoulie_