Pelakon Beego, telah membuatkan warganet berasa kagum dengannya kerana sentiasa mendahulukan keredaan bonda tercinta.
Artikel Berkaitan: ‘Waktu Itu Saya Yang Pergi & Linda Masih Setia Menunggu’- Beego
Artikel Berkaitan: Beego, Linda Hashim Akui Sudah Bercerai Tapi Rujuk Semula Dalam Tempoh Edah
Kata-kata manis untuk ibu
@adrianagold.hq macam ni cinta seorang anak lelaki #terjahganu #adrianagoldgongbadak #adrianagoldpasirtumboh #adrianagoldpengkalanchepa
Menerusi sebuah temu bual yang dimuat naik di TikTok, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah telah diminta untuk menghubungi ibunya.
Saya nak minta maaf dunia dan akhirat, halalkan susu, makan dan minum.
Sekiranya umur saya tak panjang, mama redalah dengan dan maafkan saya ya. I love you.
Ibu Beego kemudian turut mendoakannya agar dia sentiasa memperoleh kejayaan, malah telah menghalalkan segala-galanya.
Saya sudah reda dan halalkan dunia akhirat. Jangan risau insyaAllah dengan izin Allah segalanya akan baik-baik sahaja untuk awak.
I love you too, moga berjaya dunia akhirat.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dan sebak mendengar cara pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja tersebut berbicara dengan ibunya.
Dalam masa yang sama, mereka juga memuji Beego kerana menonjolkan sikap yang baik sebagai seorang anak.
Sumber: TikTok Adriana Gold