Sekadar gambar hiasan
Gara-gara video lucah tersebar di media sosial, satu pasangan kekasih di Ghana dilaporkan telah diikat pada sebatang kayu sebelum disebat sebanyak 20 kali.
Video lucah tersebar
Foto: Daily Star
Memetik laporan Daily Star, tindakan menangkap dan menghukum pasangan berkenaan dibuat sendiri oleh penduduk bandar Wa, berikutan video lucah tersebut yang dikatakan mencemarkan nama baik bandar tersebut. Bukan itu sahaja, foto pasangan kekasih ini yang diikat pada tiang berbeza di sekitar halaman Istana Wa Naa turut viral di media sosial.
Bercerita lebih lanjut, pasangan ini dikatakan telah diarak ke istana bagi penghakiman namun Wa Naa (Raja orang Wala) tidak menghadirkan diri sehingga menyebabkan penduduk tempatan menjatuhkan hukuman 20 sebatan ke atas pasangan itu.
Bagaimanapun Wa Naa atau Na Fuseini Seidu Pelpuo IV mendakwa dirinya membenarkan hukuman tersebut dilakukan bagi membentuk disiplin dalam kalangan anak-anak muda.
Selain hukuman sebat, ibu bapa lelaki dan perempuan itu juga akan bersetuju untuk membenarkan kedua-duanya berkahwin dan kekal sebagai pasangan untuk menjalani kehidupan yang betul.
Sumber: Daily Star