berita

[VIDEO] Lupa Tutup Gas Dapur Sebab Leka Bergosip, 100 Rumah Terbakar Dijilat Api

August 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Suarasumut.id

Malang tidak berbau, itulah peribahasa yang sesuai digunakan apabila hampir 100 buah rumah di Indonesia, terbakar dijilat api berikutan letupan dapur gas.

Rumah hangus terbakar

Menerusi laporan yang dipetik daripada Suarasumut.id, pihak bomba mengalami kesukaran untuk memadamkan api berikutan kehadiran orang ramai yang berkumpul di situ. Ujar Ketua Bomba, Hasanuddin, kesemua rumah yang berada di situ hangus terbakar dijilat api.

Api dapat dipadamkan pada pukul 12.30 waktu tempatan.

Namun, ujar salah seorang penduduk dikenali sebagai Irman menceritakan punca kebakaran tersebut adalah disebabkan tindakan seorang wanita yang lupa mematikan dapur gasnya ketika sedang sibuk bergosip.

Ini adalah kelalaian ibu yang memasak dan kemudian bergosip dengan jiran.

Kesemua mangsa bagaimanapun, berjaya melarikan diri ke masjid dan ada juga yang sedang mengumpulkan barang-barang yang masih boleh digunakan. Jelas Ketua Perkhidmatan Sosial Kota Makassar segala keperluan makanan untuk mangsa kebakaran telah disediakan oleh pihaknya.

Sumber: Suarasumut.id

SKIP THIS AD ×