Bermula dengan satu video yang dimuatnaik menerusi aplikasi Keek, nama Syasya Solero mula meniti di bibir orang ramai. Kebanyakan mereka bertindak untuk mengeji tindakan gadis itu yang dianggap bodoh dan hanya memalukan diri sendiri.
Disebabkan oleh lagak tidak matang dalam video tersebut, maka muncullah video-video parodi yang pastinya lebih memburukkan imej gadis muda itu. Tidak ketinggalan, selebriti tempatan turut mengambil kesempatan memparodikan video tersebut.
Artikel Berkaitan: Video: Parodi “Macam Comel, Macam Cantik” Versi Selebriti
OHBULAN! tidak pasti sama ada memang telah menjadi trend masa kini untuk mencipta nama melalui satu perkara yang dianggap ‘bodoh’, gadis ini bagaimanapun telah menerima pelbagai tawaran dalam industri termasuklah untuk merakam lagu yang diinsipirasi daripada video tersebut.
Ada yang mengatakan tawaran-tawaran yang diterima itu merupakan tuah gadis tersebut, tetapi tidak kurang juga yang mendakwa ianya hanya sekadar untuk menumpang populariti gadis trending itu.
Bagaimanapun, OHBULAN! berpendapat bahawa mesej yang cuba disampaikan dalam lagu berjudul ‘Macam Cantik, Macam Comel’ ini harus menerima pujian. Liriknya lebih menjurus kepada unsur ketuhanan dan memberi nasihat supaya manusia lebih bersyukur dengan pemberian daripadaNya.
Namun, apa yang OHBULAN! perasan, lagu ciptaan Amar dan lirik daripada Magictawau Alif ini tidak langsung menggunakan suara Syasya untuk menyanyi, sebaliknya hanya digunakan untuk bercakap ayat trademarknya iaitu ‘macam cantik je, macam comel je’ secara berulang-ulang.
Apapun, jom OHBULAN! bawakan klip video rasmi untuk lagu ‘Macam Cantik, Macam Comel’ daripada Amar dan Syasya Solero ini. Rakyat Malaysia sudah pasti lebih arif untuk menilai sama ada lagu ini akan menjadi trend, sama seperti video tersebut.