berita

[VIDEO] Macam Dua Lipa- Nyanyian Murid SMK Convent Kajang Ini Dapat Pujian Netizen.. Merdu Weh!

May 2nd, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Dua Lipa antara artis antarabangsa yang mempunyai ramai pengikut di Malaysia. Boleh dikatakan lagu-lagunya sering diputarkan di stesen radio tempatan. Untuk pengetahuan anda, nama penyanyi itu juga pernah tular di sosial media rentetan isu kapsyen hari kelahiran ayahnya yang disalah tafsir oleh sesetengah orang.

Terbaru, seorang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Kajang telah menyanyikan lagu ‘Scared To Be Lonely’ nyanyian Dua Lipa dan Martin Garrix. Nyanyiannya telah dipuji netizen dan ada juga mengatakan suaranya hampir serupa dengan penyanyi popular itu. Cuba anda lihat video ini. Sama tak?

Suara persis penyanyi antarabangsa, Dua Lipa?

Video diatas telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dimana seorang pelajar dari SMK Convent Kajang telah membuat persembahan nyanyian. Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah suaranya yang nyaring dan sedap. Video itu juga telah mendapat hampir 18k perkongsian di Twitter.

Berikut antara komen orang ramai. Apa-apa pun tidak keterlaluan kami katakan bahawa gadis itu punyai bakat!

Adakah ia autotune?

Dia boleh menyanyi!- Netizen

Sumber: Twitter

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×