berita

[VIDEO] Macam Mana Nak Check In Awal Kalau Pelanggan Dari Neraka Tinggal ‘Hadiah’ Dekat Housekeeping

December 27th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah hotel dikenali sebagai Nazmi Akhmal menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, tampil menceritakan sikap segelintir pelanggan hotel yang tidak bertanggungjawab. Video pendek yang dikongsikan itu telah meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang turut mengecam tindakan individu berkenaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Agak-Agaklah Nak Celebrate Party Dalam Hotel Pun

Artikel Berkaitan: Nak ‘Check In’ Awal Macam Mana Kalau Pelanggan Sendiri Buat Sepah Dalam Bilik Hotel

Artikel Berkaitan: Nak ‘Check In’ Awal Macam Mana Kalau Pelanggan Sendiri Buat Sepah Dalam Bilik Hotel

Pelanggan buat hal

Menerusi video tersebut juga, lelaki ini tampil memberikan jawapan mengapa sesebuah bilik hotel mengambil masa yang begitu lama untuk disiapkan bagi kegunaan pelanggan yang seterusnya. Perkongsian itu membuatkan ramai yang ‘tergamam’ susulan melihat tompokan yang dipercayai najis ditinggalkan di atas katil serta bantal hotel.

Korang datang check in tanya kenapa bilik lambat?  Tengoklah apa pelanggan sebelum korang dah buat.

Ujar pemilik video ini lagi, mereka sebagai pekerja hotel sudah sedaya upaya dalam memberikan kepuasan yang optimum kepada mana-mana pelanggan yang datang namun, sikap sesetengah individu ini yang membuatkan kerja mereka terbantut.

Ya Allah tak ada akal betul manusia macam ini. Maaf lah ye kalau hari korang tak sempurna. Kami cuba sehabis baik.

Untuk bersihkan, tukar dan berikan bilik korang. Ini lah sebab kenapa kadang bilik korang lambat. Ada manusia yang tak berakal.

Video penuh:

@_nazmiakhmal_Ni lah sbb knp kdg bilik korang lambat ! bila ada mnusia yg tak berakal ##fyp??viral ##hotelservice ##masalahhidup ##manusiatakhabisnkkecam ##pengotorsiak? original sound – MASTERPIECE

Respon netizen

Sumber: Nazmi Akhmal

SKIP THIS AD ×