Sebelum ini, kecoh di media sosial luahan pelanggan sebuah hotel terkemuka, di mana mereka dipercayai terpaksa menunggu berjam-jam sebelum dibenarkan untuk check in. Menerusi video dikongsi, dapat dilihat ruangan lobi hotel tersebut yang padat dengan kedatangan para tetamu yang sedang beratur.
Video tersebut bagaimanapun, telah meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang turut tidak berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan oleh hotel berkenaan.
Sikap segelintir pelanggan hotel
Terbaru, seorang wanita yang dipercayai bekerja di sebuah hotel menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, tampil mendedahkan sikap segelintir pelanggan hotel.
Video yang dikongsi dapat dilihat sikap pelanggan yang tidak bertanggungjawab dengan merosakkan barangan hotel dan turut meninggalkan bilik tersebut dalam keadaan yang bersepah. Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan bilik tersebut mengambil masa yang lebih lama untuk dikemas.
Bila lambat check in hotel meroyan, viral. Nak bilik siap sanitize 10 kali sehari. Kalau boleh besar kuman pun tak ada takut konon. Tapi bila check out tinggalkan bilik macam ini rupa, tak rasa bersalah ke?
Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut menjelaskan alasan bilik tersebut sudah dibayar sama sekali tidak wajar digunakan dan setiap pelanggan perlu mempunyai common sense.
Tak salah pun kalau mudahkan tugas housekeeping. Hidup ini perlu toleransi. Jangan guna alasan korang dah bayar. Guna hati perut sikitlah. Sebab spesis macam ini la yang melambatkan kerja housekeeping.
Belum lagi yang terhegeh-hegeh nak check out. Yang nak check in pun tak sabar-sabar pukul 12 dah terpacak depan hotel . Macam mana nak check in awal kalau semua perangai macam ini?
Video penuh:
@anna_faz86 Mcmne nak checkin awal kalau semua perangai mcmni? #hotelierlife #RentasNegeri #JomReady #viral #kitabelummenang ? #FoodDance – neffatibrotherscomauwwkiss
Tengok orang kemain makeup dengan wangi
Sumber: Anna_Faz86