Usahawan terkenal Madammu dan penyanyi meningkat naik Aisha Retno, berkongsi gambar pertemuan mereka di sebuah restoran menerusi akaun Instagram masing-masing pada Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu ‘Londeh’ Perangai Sebenar Yuka Kharisma? – ‘Dia Ibarat Ular Yang Pandai Berkata-Kata & Membelit, Hati-Hati’
Artikel Berkaitan: Konsert Sulung Aisha Retno Dibatalkan Seminggu Sebelum Berlangsung, Penganjur Dedah Jualan Tiket Tidak Laku
‘Surat cinta?’
Tinjauan OhBulan! mendapati, seusai pertemuan tersebut Madammu kemudian mengadakan sesi siaran langsung di TikTok.
Ketika disoal oleh warganet, Madammu berkata, pihaknya tidak akan melakukan sebarang sidang akhbar namun bakal mengeluarkan sepucuk surat.
PC (press conference) kena tanya Aisha, kalau saya tak ada tapi ‘surat cinta’ ada. Saya tak boleh beri apa-apa lagi info kepada anda semua tapi tunggu.
Tak mahu berkongsi lanjut
@syukfendi Ok takzabarrrr haha moga kebenaran terungkai?? #fyp #fypmalaysia #fyp? #fyphariini
Walau bagaimanapun, pemilik nama Eriyca Baiduri itu enggan berkongsi dengan lebih lanjut tentang intipati pertemuannya bersama pelantun lagu Sutera tersebut.
Saya sangat teruja, apa-apa saya akan ‘update’.
Saya sudah tidak sabar, tapi saya menahan diri saya dari tidak berkata-kata sebab perkara ini sedang berlangsung dan sedang berjalan.
Jadi saya tunggu hingga semuanya selesai, sampai satu masa saya akan beritahu awak semua.
Dalam masa yang sama, usahawan berusia 34 tahun itu turut mengharapkan sokongan daripada para pengikutnya di media sosial.
Follow rapat-rapat, yang penting awak semua sokong saya. Saya ini seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal.
Baru tahu langit itu tinggi ke rendah, jangan bermain dengan api, kalau sanggup okay, datanglah bakar diri.
Sumber: TikTok