Usahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu, mendedahkan bahawa telah membuat perancangan awal mengenai pembahagian hartanya, termasuk menyediakan hibah untuk anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Peruntukkan RM40,000 Sebulan Untuk Perbelanjaan Ibu – ‘Bayar Rumah Pun Dah Separuh Dari Amaun Tu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kebahagiaan Orang Berbeza-Beza, Kenapa Nak Hina Mereka Yang Pakai Barang Tiruan?’ – Madammu
Madammu dah buat hibah harta
@noirhealthbeauty Seperti orang lain, Madammu juga ada persediaan hibah & pembahagian harta untuk anak-anaknya. ? Hibah bukan hanya untuk orang kaya, tapi untuk semua yang ada tanggungan. ? Jangan tunggu tua, sebab ajal dan takdir tak menunggu sesiapa. ? Biar kita pergi dengan tenang, tanpa meninggalkan beban untuk mereka yang ditinggalkan. ? Dah fikir tentang masa depan keluarga kita? #HibahBijak #PerancanganHarta #LindungiYangTersayang #CelotehMadammu #MadammuNoir ? original sound – Noir Health & Beauty HQ
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok. Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri memberitahu bahawa harta terbesar yang dimilikinya adalah insurans.
Tambah Madammu lagi, dia telah membuat hibah harta bagi memastikan anak kandung dan tiga anak tirinya itu mendapat hak yang adil,
Kalau bab harta, saya rasa insurans saya paling banyak. Saya kena buat hibah siap-siap. Mestilah saya kena buat perancangan awal-awal sebab kalau nak kirakan harta saya, memang akan dapat ke Kayden (anak kandung) sahaja. Jadi saya kena buat hibah, sama rata buat empat orang (3 anak tiri).
Saya bukannya ada Kayden sahaja, saya ada tiga lagi anak (Zahara, Qally dan Ahmadi). Macam mana diorang nak teruskan hidup. Tapi kalau ikut faraid, Ahmadi tak dapat apa-apa.
‘Zahara akan pegang amanah tu untuk adik-adik dia’
Madammu turut menjelaskan bahawa sekiranya berlaku sesuatu kepadanya, anak tirinya, Zahara, akan bertindak sebagai pemegang amanah bagi menjaga kebajikan adik-adiknya memandangkan usianya bakal mencecah 18 tahun.
Orang yang akan urusukan harta saya nanti adalah Zahara sebab tak lama lagi, dia akan berusia 18 tahun. Jadi kalau ada apa-apa berlaku, dia akan pegang amanah tu untuk adik-adik dia.
Dalam pada itu, Madammu juga mengakui bahawa dalam soal pengurusan harta, kepercayaan terhadap individu terdekat juga memainkan peranan penting.
Kalau bercakap tentang harta, orang terdekat pun kadang-kadang kita tak boleh nak percaya. Tapi saya lega sebab Zahara bertanggungjawab dan saya lebih percayakan dia daripada orang lain.
Kayden masih kecil, tapi saya yakin kakaknya boleh menjaga untuknya.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada netizen memuji sikap bertanggungjawab dan keprihatinan Madammu terhadap anak-anak selain tidak membezakan kasih sayang antara anak kandung dan anak tiri.
Bagusnya Madammu, asbab rezeki Allah bagi lebih dekat dia sebab Allah tahu niat dan cara dia menggunakan rezeki tu dengan betul.
Ibu contoh terbaik.
Madammu yang banyak duit pun berfikiran macam ni, tahniah Madammu.
Sumber: TikTok