Usahawan terkenal, Madammu mendedahkan dia didatangi seorang wanita yang mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan suaminya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Titip Nasihat Buat Kaum Hawa – ‘Cari Duit Untuk Diri Sendiri Bukan Tanggung Jantan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Masa Kahwin Tu, Saya Rasa Macam Dah Memperjudikan Masa Depan’ – Madammu Dedah Suami Bukan Orang Kaya
Didatangi seorang wanita
@anirahakim_n007510 Sungguh kelakar la Madam? Betulla, malu rasa e nk g mengaku cmtu.haha?? Yang Nak dptkan Product Noir, Boleh Terus Beli di Showcase/ Klik Link wssp di Bio Ira ya? #noir #noirskincare #promonoir #madammu #noirbeauty #wherebeautyblossom
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Madammu atau Eriyca Baiduri berkata, wanita berkenaan datang secara tiba-tiba selepas lapan tahun dia mendirikan rumah tangga bersama suami, Azri atau dikenali sebagai TP.
TP sebelum dia berkahwin dahulu, dia pernah ada dalam satu perhubungan yang agak serius.
Saya tahu selepas lapan tahun berkahwin dengan TP, ada seseorang datang beritahu saya.
‘Saya ini sebenarnya si polan kepada si TP ini. Saya ni dulu begitu begini dengan TP.’
Si polan? Yang mana pula ni? Yang saya tahu sebelum ini dah tiada, sudah meninggal (isteri pertama TP).
Menurut usahawan berusia 34 itu, wanita berkenaan tidak sepatutnya bertindak sedemikian berikutan TP sudah berkahwin dengannya.
Kalau saya jadi dia saya takkan datang dan declare macam tu, lagi-lagi saya dah jadi isterinya.
TP kata, ‘dasar bodoh.’
Sebelum ini saya tak tahu, sebab TP ini jenisnya tak bercakap.
Bagaimanapun, sehingga kini Madammu tidak mengetahui apakah sebab wanita tersebut mendatanginya.
Tak tahulah apa motifnya, mungkin nak berkawan.
Sumber: TikTok